DASAR


DASAR HAL EHWAL MURID SMK SEBERANG JAYA 2019

1.    Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Sekurang-kurangnya 4 kali
2.    Menyiapkan minit setiap mesyuarat mengikut PKPA Bil.2/1991.
3.    Mengamalkan e-disiplin ke arah disiplin sifar
4.    Mengadakan laporan secara kronologi bagi kes pelanggaran disiplin.
5.    Mengadakan mesyuarat dalam  tempoh  24 jam selepas laporan diterima bagi kes-kes pelanggaran disiplin dan kecemasan.
6.    Merujuk Pekeliling Disiplin 1968-2002 bagi kesalahan disiplin.
7.    Mengenal pasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.
8.    Memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah.
9.    Mengelolakan  program  latihan kepimpinan dan organisasi pelajar.
10.  Mengendalikan  program  orientasi pelajar.
11.  Memberikan galakan dan pedoman agar murid berdikari.
12.  Mendedahkan pelajar terhadap sumber-sumber pengetahuan bermasyarakat.
13.  Mengeratkan hubungan antara institusi sekolah dengan  ibu bapa.
14.  Mengadakan hubungan dengan badan-badan di luar institusi pendidikan.
15.  Mengorientasikan pandangan ibu bapa supaya selaras dengan matlamat sekolah dan matlamat pendidikan  Negara.
16.  Merancang dan melaksanakan program  kendiri untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri.
17.  Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri.
18.  Perancangan jadual kerja yang rapi mengikut jangka pendek dan jangka panjang.(Pelan Strategik HEM 2011 – 2020)
19.  Menyelaras tugasan guru-guru bagi menjamin kelicinan perjalanan organisasi.
20.  Menyelaras aktiviti untuk mengawal pembaziran masa,tenaga dan peruntukan.
21.  Melaporkan aktiviti / program mengikut prosedur pelaporan sekolah.
22.  Mendokumentasikan setiap program  HEM.
23.  Memberikan penilaian program secara objektif.
24.  Menyediakan  laporan bulanan ke PPD pada setiap hujung bulan.
25.  Menguruskan sistem pengurusan fail yang sistematik.